Thursday, November 6, 2014

Aku dan Ain Irdina

Sekejap sangat masa berlalu..pejam celik da setahun 1 bulan anak ibu.. xdak hadiah yang paling bermakna dalam hidup ni melainkan kelahiranmu..Bila doktor cakap ibu pregrant gembiranya xterkira.rasa mcm xsabarnya nak tengok si kecik dalam perut ni..ni first scan yang ibu n abah buat. time tu xpaham langsung. doktor cakap cpayah paham. yang penting saya nampak. kena jaga diri n jangan lasak.


9 bulan dalam perut ibu selalu pk..macam mana la rupa awak nanti.. paling lawak waktu pergi routine check up di Tunku Azizah maternity Hospital.. Doktor Kay tanya.. da awak buat scan xnak try 4d ke? Bleh nampak muka baby.. apa lagi excited la sangat2..sekali tapak kaki ja awak bg ibu tengok..grrrrr..sampai akhir memang ibu xdapat nak buat 4d scan tu.. xpala.. asalkan awak kluar selamat semuanya..

Raya yang menggembirakan.. awak da masuk 8 bulan dalam perut ibu. makan semua benda selagi boleh.. Tapi smua orang asik tegur..keciknya awak dalam perut ibu. hehehe xherannnnn as long as u're healthy in my tummy.. active n strong..

Minggu ke 36 minggu yang paling mendebarkan. bilamana Check up kat KKIA, doktor cakap awak kecik.doktor dok suspect awak xdapat enuf supply from ibu. mcm2 la teori kluar. so doktor refer g hospital. bila pergi hospital pon doktor kat hospital Ampang cakap benda yang sama.. Takut,sedih semua ada. tapi ibu kuatkan hati. N ibu yakin awak ok je kat dalam perut ibu. sebab setiap malam awak akan siku pinggang ibu.. ibu pergi balik ke Tunku Azizah maternity Hospital. Gtaw doktor Zana pasal semua benda. then doktor Zana da marah2.. mana ada prob. they never scan u before. first time check suddenly kluar teori mcm2..abaikan.. so ibu xnak pergi amik risiko n pergi hospital kerajaan. call tokma n tokbah.tokma cakap g HUKM. ibu terus kol HUKM n buat appointment.

First time check up kat HUKM minggu ke 37 cukup. hari rabu.doktor kat HUKM pon mentioned benda yang sama..baby too small..so akan deliver around 2.5kg only.. n doktor keep on saying that if no weight progress for next check up, diorang nak induced to force labor. tokma,tokbahs n maktok mmg disagree.. Dok leklok xdak masalah apa2 pon pasaipa tetiba nak force labor.. 

Hari Khamis tu tokma n tokbah smpai dari Penang. ibu pon apa lagi requested la macam2 nak makan..mana taw tetiba nak bersalin. Kebetulan minggu tu juga da apply leave from school. dengan alasan da xlarat nak jalan. padahal perut kecik ja pon.. gambar ni waktu ibu da 9 bulan. Last week kat sekolah..
Tiba-tiba tokma cakap, tokma teringin nak g Kenanga Wholesale City. Ibu bagitau pada mama,mami and auntie. So kami p ramai2 naik kereta auntie.. Jalan sakan. ibu da xshopping.Sebab abah da warning no more shopping. Jangan bazir duit banyak sangat sebab nnt masuk hospital banyak lagi nak pakai. Sebelum g jenjalan ibu da cakap pada tokma last ibu teringin nak makan gulai sotong masak cabai. Sebelum g tu ibu da siap melantak 2 pinggan..hahaha mana la tau last time nak makan merapu2 sebelum nak pantang 45 hari tu.

G jalan2 kat Kenanga memang best.tapi xshopping. Tokma yang sibuk shopping. ibu tukang komen. cantik ke x.sesuai ka x. yang mana lawa. yang mana kena beli..hehehe..pastu kena balik cepat sebab auntie nak g jemput uncle Subki kat airport. 5.30 balik. mama yang drive. slow n steady. pastu mami cakap. esok makan tengah hari kat rumah mami. mami ajak g Carrefour sekarang da tukar nama Aeon Big. da setel beli barang beratur kemain panjang. wiken la katakan.. mana ada shopping complex yang sunyi. time tu da nak maghrib. mami ajak g hasani book store sebelum trn escalator. 

Tgh dok menunggu rasa sakit perut.. gtaw tokma.. rasa mcm nak g toilet la sakit perut. tokma tanya kerap ka dak. ok ja xkerap pon. pastu sakit hilang. tetiba datang balik. pergh time tu da tunduk. tokma da gelabah. terus masuk kedai buku. cakap kat mami xyah sibuk nak beli novel. rodhiah da nak beranak. apalagi kelam kabut la balik. tokma pesan balik mandi sembahyang maghrib pastu makan. sampai ja rumah tokma suruh mama n mami hidang nasik. ibu plak tpon abah suruh siap. mami n tokbah datang amik abah sebab ibu drive g umah mama siang tadi. lepas kol ibu g naik mandi tingkat atas. tengah mandi tokma suruh kluar. tokma takut terberanak dalam toilet. kekekeke sudah mandi sembahyang cepat2 turun makan. pastu paklong balik sembahyang. siap bleh buat lawak.makan puas2 nanti nak pantang lama...hehehe.. 

Pastu sakit makin kerap.adoi jalan nak masuk DUKE dari MRR2 jem plak da... tokma da start berletiaq awat la mami n tokbah lambat sngt nak smpai..abah plak asik kol tanya ok x..hahaha bila ingat balik rasa lawak plak. kul 10 lebih abah smpai.. mama cakap rilek.lambat lagi nak bersalin ni. mama n tokma suruh abah makan nasik dulu. makan setel.dok rilek jalan2 kami pon g hospital..

Adoi da maghrib da... nnt saya sambung cerita mcm mana saya melahirkan putri saya yang sulung..
GTG...

Salam sayang 
Rodhiah
7.03 malam
Khamis

Thursday, August 21, 2014

Stay at home mom, work at home mom or working mother?

Cuti sekolah da masuk minggu ke 5.. Minggu pertama kalut dengan pyasa dan raya. Tahun ni raya di Penang. Balik KL lepas 2 mgg balik Muar..

Hari ni nak cakap pasal seorg ibu.. ada ibu dok umah jaga anak..means buat kerja rumah saja. Ada ibu amik inisiatif tolong suami dari rumah. Dia jaga anak buat kerja rumah dalam masa yang sama dia akan jana sendiri pendapatan. Dan ada juga ibu yang bekerja. Masuk pukul 7 balik pukul 3,5,7 ada yang lambat lagi. Balik rumah still kena buat kerja rumah mcm biasa. Kalau dapat bantuan suami ringan sket kerja. Aku??golongan manakah aku??  Cuti sekolah aku adalah wahm working at home mom. Masuk sekolah aku working mother n at the same time buat la bisnes sket2 nak bantu apa patut.. Bantu ringankan bebanan belanja rumah utk suami. Bantu orang-orang diluar sana yang ada masalah kesihatan.

Cabaran???sangat susah. Dengan negatif pandangan manusia terhadap produk sendiri. Tapi Alhamdulillah dikurniakan mak dan nenek shaklee yang sgt membantu. Dalam masa yang sama ada support group yg sangat membina. Saling bantu membantu. Dan adik beradik dalam group shaklee xpernah nak pandang rendah pada siapa-siapa yang bertanya..

Cabaran lain yang ada.. Aku ada anak kecik.. Yang sangat manja.. Memula ingat nak hantar ke baby sitter tapi ada masalah lain plak. Bila mana start persekolahan term lepas jadual smua berubah. So penghasilan susu badan sangat merudum. Susu tiada untuk dipam. Perasaan stress smpai tahap terasa nak berhenti kerja demi anak.tapi kekangan kewangan yang sangat tinggi. Banyak hutang yang perlu di langsai.. Hutang PTPTN yang entah smpai bila nak setel. Tapi tetap diusahakan untuk membayar.

Apa pon hidup kena positif.. perlu RCA setiap hari supaya dapat bina kekuatan dalam diri.. berusaha untuk merubah ke arah kehidupan yang lebih bagus demi anak-anak.

Dalam dunia tiada benda yang senang.. Semua perlu di usahakan supaya dapat kebaikannya.. Nak masuk syurga pon susah. So apa bezanya dengan nak mendapat kesenangan hidup. Perlu diusahakan. Perlu mencari masa dan ruang. Semoga akan dapat nanti. Berusaha, berdoa dan bertawakkal pada Allah.. Akan ada jalannya.

Rodhiah Zainon
12.15pm Khamis
Taman Melati Gombak

Wednesday, August 20, 2014

Vivix ohhh vivix

Last month promo vivix.. So aku pon recommend la product ni kat seorang mak student aku ni.. Dia cakap xkisah la berapa pon..Yang penting dia boleh nampak cantik dan tolong dalam beberapa perkara..Ayat paling xboleh tahan.. 'make sure saya cantik macam Erra Fazira raya nanti'.. aku diam jela sambil tersenyum.
Nak dijadikan cerita dia cakap xnak la beli sebotol..beli terus set promo buy 6 free 1...Katanya bleh bagi pada kawan baik dia, anak2 dara dia untuk suami sebab ada masalah gout.
Balik KL lepas raya di Penang pon aku telefon dia nak tanya apa perkembangan lepas amik vivix..
1.Badan da xpenat
2.Migrain hilang
3.Berak da okay..kalau x seminggu sekali..sekarang tiap2 hari. Suami dia siap ckp lagi..xpala u da cantik.At least dia da baiki masalah membuang U.
4.Rasa kulit tegang.
Alhamdulillah dengar update positif macam tu. Rasa berbaloi beli vivix ni.. Rasa sedap pastu kesan terbaik. Puas hati dapat membantu orang. Rasa sangat gembira sebab jumpa product yang terbaik macam ni.
Sesiapa yang merasa macam ni bleh la consume Vivix. Cuba sekarang.InsyaAllah xrugi.
Nak dapat consultation macam akak ni bleh la PM saya di FB Rodhiah Zainon atau Wassep/Weechat 0192788622
Shaklee always work always safe..

Tuesday, August 5, 2014

Shaklee & Me

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Lama rasanya x menulis kat sini.. kekangan masa dan banyak faktor lain menyebabkan aku xleh nak menulis serajin zaman sekolah.. Waktu zaman sekolah aku la paling rajin menulis diari.. kekekekeke siap berbuku2. dari tulis dalam diari aku tulis dalam buku sekolah.. macam2 doa dan harapan aku tulis..

Okaylah.. Tajuk kali ni agak pelik sket. Shaklee???? Macam mana aku bleh involve dengan Shaklee? Sapa recommend Shaklee pada aku? Macam2 persoalan ada dalam kepala ni...

Aku start Shaklee waktu dalam pantang.. Kakak aku merangkap mak Shaklee aku yang register..
9.10.13 aku jadi ahli Shaklee..hehehe.. Ya Allah sekejap ja masa berlalu.. da hampir setahun.. aku adalah pengguna tegar Shaklee..smua supplement aku telan Shaklee... and rasa ok ja..sesuai ngn badan aku sendiri..
Waktu dalam pantang aku amik set berpantang.. xsusah pon.. ada Bcomp, VitC, Zinx, Vitalea, Ostematrik, Alafalfa, ESP and Omega Guard...huh!!!macam2 aku makan..sekarang plak aku add few more supplement mcm Performance Drink, Mealshake,Peppermint Ginger, Nutriferon and Lecithin.. Yela.nak jual kat orang kena la try kat badan sendiri..either its work or not.. pastu barang pencuci pon aku pakai Shaklee mcam Basic H and Dishwash... Setiap product ni nanti aku akan reviewkan satu2.. yela..xkan dalam satu entry nak cerita pasal semua bnd.kompem la org yang baca pon serabut..huhuhu..

Tu la cerita pasal Shaklee... N alhamdulillah..Sekarang husband aku pon pengguna Shaklee.. my parents pon pakai Shaklee and adik beradik pon ramai da guna Shaklee.. Bukan nak upkan barang tapi kalau benda elok and bleh bantu so why not kita share dengan orang sekeliling.. Pahala membantu dapat. and orang pon bleh hidup sehat..

So kalau rasa nak try Shaklee yang superb best ni bleh contact tru

FB:  https://www.facebook.com/rodhiah.zainon
Phone : 0192788622
Email: rodhiah.zainon@gmail.com


Wednesday, February 5, 2014

Kerinduan...

Assalamualaikum dan selamat malam..

Hahaha malam2 ni tiba2 rasa mcm rindu kat kawan2 seangkatan..yang menceriakan kehidupan aku selama ni..paling best my beloved hubby laaa..big fan of mine..dia memang die hard fan aku...kekekeke menangis kalau dia baca..

Pastu my BFF..Pa'ah, Keown n Afiq... wei hampa!!! bila nak kaya ni..nak nyanyi lagu awie rafael n altimet...Cepat ja masa berlalu da 15 tahun kita berkawan..can u believe that??aku, pa'ah n keown da kawen..tinggal afiq blom..hurmm wonder ni sapa pilihan hati dia..dulu nak kat nurul ain nur syuhada..tapi da kena kebas.nak kat lisa surihan, yusri kebas dulu..sekarang nak kat asmirandah plak..haish laaa kena la g seberang ya pak..gue rasa dia masih single..bapak cepatan yok...hehehe aku n pa'ah da ada baby..kami ni mcm janji2 plak..aku kawen 21.12.12...pastu Alhamdulillah xlama pastu peknen..waktu Pa'ah kawen da taw kata peknen..tapi kekonon surprise la..time tu Pa'ah n Mat ja taw..tu pon Mat taw dalam keta sebab kami yg bawa pengantin lepas akad nikah..kira cukup beza sebulan paa'ah plak peknen..so anak kami ni mmg beza ngam2 sebulan..syokkan best fren..ngandung sama2 share experienced sama2..walaupun jauh beraratus kilometer jarak tapi What's App kan ada..xpa kalau xdak wassep aku antar telegram selalu...hua3.. so 29.9.13..Alhamdulillah selamat la aku melahirkan seorang bayi perempuan..my lovely super gorgeous beautiful baby...nama Ain Irdina binti Mohd Khairul Izzuddin... nnt aku cerita pengalaman bersalin..sekarang tgh cerita pasal kawan2.. n Pa'ah plak on 2.11.13 dapat seorg baby yg super cute gorgeous juga..nama Nur Hana Safiya binti Muhamad Huzaifah...

 Ini my super duper cute baby la...Ain Irdina

Ini plak anak my besfen baby Hana.

Oklah cerita bab kami dua org ja..nnt cerita baby entry lain la plak.

Kawan2 yang dalam ingatan aku next ofcos la kawan2 Irshad..geng2 merapu zaman sekolah..'fly=rambo' xp prep..gaduh ngn cikgu...adoi la byk btoi memri..tapi batch aku Alhamdulillah frenship still maintain..Miza, Wana, Sufarah, Nana, Pikah, Baqiah, Dayah Hassan, Dayah Ahamd, Najah, Fizah Ahmad, Tipah, Suraya, adoi jenuh nak tulis..batch kita ada 136 org..so ni baru list kawan2 pompuan..hahaha.. depa smua sempoi..mengarut mcm mana aku pon sentiasa ada n lepak bersama..ada masa ja jmp..tapi since ramai da pegang title MRS  ni...mmg susah la nak jmp..komitmen anak ja da jenuh...

Kawan2 UIA selalu dalam ingatan..sebabnya depa ni kawan2 yg bleh lepak yg byk tolong aku jatuh bgn kat UIA>..waktu stress ngn subjek n pk nak drop Allah munculkan kawan2 ni dok encourage aku belajar jgn give up.. tapi ni pon semua da pakat2 tukar tilte..bukan satu title tapi dua..jadi isteri dan ibu.. punya la best fren @ roomate yg mmg sehati sejiwa..tarikh kawen kami pon sama..aku nikah 21.12.12.. Aisyah 22.12.12..Finaz 28.12.12...haaaaaa dekat2 ja...hamik ko...xjnj pon tapi bila menjemput baru la taw..tapi sedih my bestfren Finaz da pindah ikut suami..kalau dekat bleh gak melawat..ni kat US..bukan Ulu Selangor...tapi United States of America koooooo...haishhhh..Aisyah da dapat baby..baby boy.. Finaz insyaAllah will coming soonn..pastu kawan sejati aku Zurin...hahah kawan nak kenakan org..mmg bleh tag team la kami ni...kawan2 mecha yg havoc havoc havoc..kan gua da cakap korang mmg havoc havoc havoc...Elle, Yaya,Zati,Ain,Lin,Liana,K.Jiha,Hasna,Jannah,Awa,Tika,Fad,Azah,Is,Soleha,Anis,Nono n Hajar... Kebanyakkan da jadi isteri orang..n ada yg da jadi mak2 budak sekarang..haish laaa cepat je kan kita ni...heheheh

Meninggalkan UIA aku keja canon..tapi kakak2 kat sini aku mmg da kenal since aku praktikal kat situ..keja ok..smua ok..hehehe ok ke??tapi jodoh ngn Canon 2 thn ja..kenapa??biasa la jiwa muda..K.Rona, K.Suzi, K.Hidayah, K.Zam, K.Linda QA, K.lin, Yana, Fana, Farhana argh ramailaaaa..keja kilang mmg la ramai org..bos2 yg dikasihi.. En. Masron, En.Azman, En.Alias, K.Rosni.. ramai laaaaaa da keja handle bos2 so mmg la kenal ja ngn bos2 ni..

Sekarang da jadi cikgu... hahaha belajar engin bertahun2..penat pon xabis lagi..tapi jodoh xpanjang.. pas resign aku dok umah buat bisnes sendiri.. jual kain ngn bff aku.. bleh tgk kat KRAF APPAREL... kain mmg kualiti..pastu kawen..da kawen ssh sket sbb time tu kena pindah..dari dok penang kena pindah ikut suami kat kl...lepas tu bulan 4 tiba2 ada org offer kat fb jawatan cikgu..so aku try..jadi la cikgu kat Sayfol International School.. Mat salleh gitu...haaha ajar BM.. now facing reality..baru aku taw betapa ramainya Malaysian yg xreti bahasa melayu..konon da mat salleh sgt..first language is English.. ni untuk smua bangsa xkira melayu india or cina..melayu xpandai cakap melayu..india bahasa tamil pon blur..cina kalau mandarin pon dia nganga jaaaa..
masuk 2014 dengan harapan baru..aku jadi Class Teacher plak.. Primary 2..YA Allah super disaster rupanya menjadi class teacher..nnt aku story mory..

ok la da penat..xcko tdo sebab bz ngn exam paper..baby ok..mmg tdo..kul 8 ja da hilang dalam mimpi dia..so xdak la rasa susah sgt...hehehhe

GUYs!!U all are my frens..I'm proud to have all of you in my life..precious..after my family is my frens..
Tq for being such a wonderful fren in my life...

Friday, February 11, 2011

hohohoho

uish....bestnya cuti..hahahaha
harini tak keje...esok xkeje...yeah!!!!i like...doktor kata take care and rest..so takleh la nak keja...
erm...nak tulis pasal apa eh..
erm arini nak tulis pasal...susahnya nak puaskan ati org lain...erm...bagus2..
mmg susah sbb tak semua org sama ngn kita..n kia pon tak sama mcm org lain..heheh

aritu bila baca org komen pasal last entry tu nak gak balas tapi mcm mls..org jeles...hahah
dia cakap bajet kaya...kaya ka??semua pon mama n abah kasik..so aku tak kaya lg...smpn duit..jgn enjoy so cpt la kaya..pasal kabel..sian tol org yg komen tu...dia mst xde adik beradik yg educated n jawatan tgg..sian...~~~ pastu plg aku terpk maybe dia takde kabel nak tlg...hahaha siannya tak dak org nak tlg..maybe personaiti dia tak best sb tu xdak org nak tlg bagi keja..muahahaha jgn mrh..suruh la sedara ko adik beradik ko...ke derang malu ngaku ko adik beradik???oh kasihan..jeles la tu..nak wat mcm mana...

erm.watever la..suka ati ko la..

da la jgn cerita pasal org2 dengki ni...baik citer pasal benda lain...

kenduri baru2 ni ok la..baby iman da makin chubby..adoi rasa mcm nak cubit2 dia..then kamalin da semakin besar..wah semua kakak2 aku da ada anak sendiri...jeles maaaa...uhuk2..

erm entry lain aku post gambar iman n kamalin during cuti chinese new year aritu...next time...
k la gotto go...da~~~~

Wednesday, August 11, 2010

...RAMADHAN...

assalamualaikum...
cepat ja masa berlalu...da sampai bulan posa lagi...ish3..bertambah jugak la umur aku..
erm..nthla..da lama tak menulis.balik keja pk tdo ja.so tak yah nak kata r...nak menulis aku rasa malas gila...tapi hari ni sebab first time sambut puasa as a staff..wakakakaka
yela..17 thn sambut puasa sebagai student.17minus2 r...so ni thn pertama..hope balik umah nnt aku tak ttdo..
da la nak jalan jauh smpai ke kl..
adus..nak balik ke tak..penat pk..nak balik mcm susah plak..keta lagi.pastu sapa nak antar g stesen..waduh...lagi susah nak balik bila keja daripada waktu belajar dulu.at least dulu aku plg cepa blk..tapi sekarang aku plg lambat...
cian mama n abah puasa 2 org ja...ish2..apa da punya anak...

kalau balik naik keta ongkosnya mahal...waduh..minyak+tol..kalau balik mlm kompem berenti makan plak...duit2...gaji cikit je..blnj macam apa ja..huhuhu...berfikir..apa nak wat..takpelah..nnt ada la jawapan utk aku..

so sempena ramadhan yg mulia ni aku nak mnt maafla kat semua org..yg aku kenal.yg kenal aku...andai aku tersalah cakap or tersalah perbuatan...gomennasai!!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA...
Semoga thn ini lebih baik dari tahun yg sebelum ini dan lebih dilimpahkan rezki untuk aku, keluarga aku,kawan2,org2 sekeliling aku...dan untuk semua umat Islam yg ada atas muka bumi ni...