Thursday, August 21, 2014

Stay at home mom, work at home mom or working mother?

Cuti sekolah da masuk minggu ke 5.. Minggu pertama kalut dengan pyasa dan raya. Tahun ni raya di Penang. Balik KL lepas 2 mgg balik Muar..

Hari ni nak cakap pasal seorg ibu.. ada ibu dok umah jaga anak..means buat kerja rumah saja. Ada ibu amik inisiatif tolong suami dari rumah. Dia jaga anak buat kerja rumah dalam masa yang sama dia akan jana sendiri pendapatan. Dan ada juga ibu yang bekerja. Masuk pukul 7 balik pukul 3,5,7 ada yang lambat lagi. Balik rumah still kena buat kerja rumah mcm biasa. Kalau dapat bantuan suami ringan sket kerja. Aku??golongan manakah aku??  Cuti sekolah aku adalah wahm working at home mom. Masuk sekolah aku working mother n at the same time buat la bisnes sket2 nak bantu apa patut.. Bantu ringankan bebanan belanja rumah utk suami. Bantu orang-orang diluar sana yang ada masalah kesihatan.

Cabaran???sangat susah. Dengan negatif pandangan manusia terhadap produk sendiri. Tapi Alhamdulillah dikurniakan mak dan nenek shaklee yang sgt membantu. Dalam masa yang sama ada support group yg sangat membina. Saling bantu membantu. Dan adik beradik dalam group shaklee xpernah nak pandang rendah pada siapa-siapa yang bertanya..

Cabaran lain yang ada.. Aku ada anak kecik.. Yang sangat manja.. Memula ingat nak hantar ke baby sitter tapi ada masalah lain plak. Bila mana start persekolahan term lepas jadual smua berubah. So penghasilan susu badan sangat merudum. Susu tiada untuk dipam. Perasaan stress smpai tahap terasa nak berhenti kerja demi anak.tapi kekangan kewangan yang sangat tinggi. Banyak hutang yang perlu di langsai.. Hutang PTPTN yang entah smpai bila nak setel. Tapi tetap diusahakan untuk membayar.

Apa pon hidup kena positif.. perlu RCA setiap hari supaya dapat bina kekuatan dalam diri.. berusaha untuk merubah ke arah kehidupan yang lebih bagus demi anak-anak.

Dalam dunia tiada benda yang senang.. Semua perlu di usahakan supaya dapat kebaikannya.. Nak masuk syurga pon susah. So apa bezanya dengan nak mendapat kesenangan hidup. Perlu diusahakan. Perlu mencari masa dan ruang. Semoga akan dapat nanti. Berusaha, berdoa dan bertawakkal pada Allah.. Akan ada jalannya.

Rodhiah Zainon
12.15pm Khamis
Taman Melati Gombak

No comments:

Post a Comment