Wednesday, November 26, 2014

Set Penyusuan Shaklee

Me & my 14 months daughter


Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Kebaikan Susu Ibu

Untuk bayi:

Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.

Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu:

membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.

mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain - lain kebaikan:

Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.

Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Secara logiknya, anda berkongsi makanan anda dengan bayi anda ketika anda menyusukan kerana segala sesuatu yang anda makan bertukar menjadi susu untuk bayi anda.
Itulah sebabnya mengambil makanan berkhasiat dan bervariasi bukan sahaja penting ketika anda hamil, tetapi juga ketika anda sedang menyusui. Tetapi perkara ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan.
Apabila anda menyusui selama berjam-jam, peluang untuk mengambil diet seimbang bukanlah keutamaan utama anda.
Makanan asas anda mungkin bijirin dan susu, roti bakar, roti, yoghurt, buah-buahan dan makanan lain yang boleh anda sediakan atau ambil dalam masa yang singkat.
Tapi diet ini tidak memberikan anda tenaga yang anda perlukan. 

Oleh itu kita memerlukan nutrien yang secukupnya supaya kita dapat memberikan nutrien yang cukup juga kepada bayi kita.

Saya mengesyorkan untuk anda mencuba set penyusuan Shaklee dimana terdiri daripada

ESP
VIT C
VITALEA
B COMPLEX
ALFALFA
OSTEMATRIX
OMEGA GUARD

Set basic menyuu
ESP & ALFALFA

Set lengkap menyusu
ESP, ALFALFA, VITC, VITALEA, BCOMP & OSTEMATRIK

Set premium menyusu
ESP, ALFALFA, VITC, VITALEA, BCOMP, OSTEMATRIK & OMEGA GUARD

Sekiranya anda berminat hubungi saya segera.

Rodhiah Zainon

Shaklee ID : 1068122

rodhiah.zainon@gmail.com

019-2788622( SMS, Whatsapp, Telegram)

Sunday, November 23, 2014

CoQ10

CoQhealth


CoQhealth shaklee terdiri dari 3 sumber.
CoQ10, vitamin E dan Teh hijau.


Coenzyme Q10
- fungsi utama CoQ10 ialah hasilkan tenaga dlm sel dan antioksidan.

A) jumlah tertinggi CoQ10 terdapat didalam organ jantung.
- kerana jantung memerlukan tenaga untuk berdegup.
- setiap masa dan hari jantung berdegup. Samada waktu kita berjalan atau waktu tidur.
- jantung adalah organ yg paling tinggi penggunaan tenaga dan jantung juga paling bnyak perlukan tenaga setiap hari.

Kebaikan Coenzyme Q10.
1) Menguatkan otot jantung.

- bantu tingkatkan tenaga di sel2 jantung.
- bantu tingkatkan kekuatan otot jantung kerana jantung berdegup setiap hari.
- dijantung terdapat bnyak otot2.
- jika kita stress tekanan arah akan menjadi tinggi jadi CoQ10 bnyak digunakan.
- so CoQ10 perlu diganti atau ditambah. Jika tak tambah akan mngakibatkan jantung jadi lemah dan tak effisien.
- bdan akan lemah dan xbertenaga.

2) Mencegah penyumbatan pada salur darah.

- bukan saja phytocol-st bantu bersihkan salur darah CoQ10 juga  membantu bersihkan salur darah yang sempit atau mengecil.

3) Mengurangkan debaran dan denyutan tidak sekata. (Palpitations)
- perlu diketahui ia selalu berlaku kepada sesetengah org dalam keadaan tiba2.
- tgh buat kerja tiba2 je jantung berdegup kencang. ( impulse jantung xstabil) sekejap degupan deras pastu normal.
- kalau selepas mkn berlaku degupan kencang tak sekata itu bukan disebabkan jantung bmasalah.
Tapi disebabkan makan bnyak mknan tinggi gula dan karbohidrat.(eg. nasi, air byk gula)
- lepas minum kopi juga boleh berlaku degupan jantung xsekata tapi itu disebabkan oleh cafein. Bukan kerana masalah jantung.

4) Mengurangkan Angina.
- iaitu rasa sakit dada yg tiba2.
- CoQ10 membaiki peredaran darah dan boleh kurangkan 50% kekerapan Angina.

5) menyokong salur darah yg fleksibel.
- utk tekanan darah yg sihat.
- CoQ10 sesuai diamalkan oleh pesakit tekanan darah tinggi atau sesiapa yg ada risiko tekanan darah tinggi.
- individu yang blom ada sakit tekanan darah tinggi..tetapi selepas jumpa doktor. doktor kata mempunyai risiko yg tinggi bakal hidapi tekanan darah tinggi.
-amalkan CoQ10.
- utk pastikan salur darah fleksibel dan lebih lembut.
 CoQ10 bukan sekadar beri kebaikan utk jantung tapi beri lebih dari itu.

6) Pembawa nutrien dan oksigen.
- bagi kesihatan kulit
- jadikan kulit yang cerah, sekata dan berseri.
- kulit jadi kebih tegang,sihat dan nampak muda.

7) Meningkatkan kesuburan.

- bantu peningkatan bilangan sperma, pergerakan dan bantu kurangkan peratusan pghasilan sperma abnormal.
- sperma perlukan tenaga utk bergerak.
- klu takde tenaga sperma tak mampu sampai ke tempat tujuannya. Separuh jalan dah pengsan.
- * biasanya kbnyakan lelaki hasilkan 10% jer sperma normal 90% abnormal. Sebab tu perlu CoQ10 bantu kurangkan peratusan bentuk sperma abnormal (rosak).

8) Meningkatkan tenaga minda.
- mengurangkan kekerapan migrain dan sakit kepala.

Siapa baca buku setiap hari ?
Tahu tak membaca setiap hari dpt bantu tingkatkan daya ingatan kita... Ini kerana kita akan berimaginasi semasa membaca. Kita akan cuba membayangkan apa yg ditulis oleh penulis tu.

Cth..baca novel cinta atau cerita seram...

- so apabila kurang membaca itu akan kurangkan interaksi antara saraf2.. So apabila kita tua akan mudah utk hadapi penyakit nyanyuk.

Baca berita newspaper pun boleh...baca berita banjir kita boleh bayangkan situasi tu kan?
So amalkan CoQ10 ia bantu elakkan hilang daya ingatan pada hari tua nanti.

Kesan bukan nampak sekarang. Kesan akan kelihatan pd 10 @20 tahun akan datang.

CoQ10 juga boleh didapati dr otot ayam, otot daging dan roti.
-dalam 1 sajian Coqhealth terdapat 28mg CoQ10...utk dapatkan CoQ10 dari ayam, daging dan roti kena makan byk ni !!

Lagi senang ambil 1 kapsul coqhealth plus everyday...telan jer.
Sapa sanggup mkn seekor ayam setiap hari utk dapatkan 28mg CoQ10...bnyak tu.
Shaklee guna CoQ10 dari Yis. 

-yis ni benda hidup..jadi yis sesuai dgn apa yg dihasilkan badan.
- berbanding pengeluar lain diaorang gunakan tembakau utk dapatkan CoQ10.
- sebab tembakau murah.
- tapi tembakau ada bahan yg tak elok.
-tembakau bahan utama rokok.
- so mcm makan rokok plak jadinya.. ?
-CoQ10 dah ada antioksidan tapi shaklee tambah lg Vitamin E utk tingkatkan kesan antioksidaan.
- buang @ hapuskan free radikal yg rosakkan salur darah.
- green tea tingkatkan aliran darah lancar.


- produk lain = takde tambah bahan lain. Cuma CoQ10 semata-mata.
Shaklee guna soya dlm CoQhealth plus.

- sebab soya ada mgandungi lemak jadi ia larut lemak.


Oleh itu adalah disarankan untuk kita mengamalkan coQ10 dari awal. Kan mencegah lebih baik dari merawat.. 

Nak cuba??
Rodhiah Zainon
Shaklee ID : 1068122
rodhiah.zainon@gmail.com
019-2788622( SMS, Whatsapp, Telegram)


Saturday, November 22, 2014

Believe in yourself

Just remember u need to always trust urself..
abaikan orang2 yang berada di sekeliling untuk menjatuhkan diri kita. Tapi percayalah pada kemampuan diri kita sendiri..

Selamat hari minggu semua!!!

Salam sayang
Rodhiah Zainon
Ur trusted Shaklee Independent Distributor
1068122

Hp: 0192788622(Wassep/Telegram)
FB:Rodhiah Zainon

Monday, November 10, 2014

Rahsia Vitalea

Hari ni saya nak berkongsi tentang satu fakta yang menarik untuk tatapan semua orang.

Multivitamin pertama yang dicipta ialah VITALEA.

Apa yang menarik tentang vitamin ini ialah ia dicipta oleh seorang lelaki yang pada ketika itu berumur 21 tahun!!! Dapatkah anda bayangkan bagaimana otak beliau berfikir sehingga dapat mencipta sesuatu yang bermanfaat kepada ramai orang pada usia yang MUDA!!!

Siapakah gerangan yang mencipta multivitamin ini??? Tak lain dan bukan tentulah  DR FORREST C SHAKLEE yang mencipta vitamin ini pada tahun 1915, iaitu sejak 100 tahun lalu!!

Asalnya ia dinamakan SHAKLEE VITALIZED MINERALS. Sejak itulah nama VITA-MIN diguna pakai oleh semua jenama. 



Majalah EDISI 2013

Bestkan dapat jadi sebahagian daripada Shaklee yang sentiasa mencipta produk yang terbaik,selamat, berkesan dan juga berbaloi-baloi.


Kalau ada yang terbaik di pasaran kenapa perlu pilih yang lain?? Entry berikutnya saya akan ceritakan 1001 kebaikan dan manfaat VITALEA dan kenapa anda perlu ada VITALEA.

Tak lupa juga saya akan kongsikan vitamin-vitamin lain yang bleh diambil bersama VITALEA untuk kesihatan sekeluarga yang optimum.

Salam Sayang


Rodhiah Zainon
10.11.14 :: 11.00pm
Shaklee ID : 1068122
rodhiah.zainon@gmail.com
019-2788622(Call, SMS, Whatsapp, Telegram)

Ayam masak sos tiram bersama cendawan

Setelah lama mengambil masa nak masak masakan ni..akhirnya tercapai juga.. sedap???
Mestilaaaa masak sendirikan..encik suami tambah 3 kali.. ok la tu kan?
So harini nak kongsi la resipi yg aku masak ni.. google punya google..ada satu image yg memang nampak mengancam.tengok kat blog tu n try la ubah ikut citarasa sendiri..


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
10 biji cendawan shitake (ikut citarasa)
Garam secukup rasa - jika perlu
5 sudu besar sos tiram - boleh ditambah
4 sudu besar kicap manis - boleh ditambah
1 sudu minyak masak
1 biji bawang besar
Cili benggala (hijau,kuning atau merah)
Tomato ceri (fevret hingga akhir zaman)
Air secukupnya


BAHAN-BAHAN TUMIS DITUMBUK LUMAT :
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia muda
Cara memasak:


Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk. Smpai kekuningan. Kemudian masukkan sos tiram dan cendawan. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan kicap manis.
Kacau lagi smpai sebati. Masukkan ayam dan air.
Kacau sampai mendidih..


Kemudian masukkan smua bawang besar dan cili benggala. Gaul hingga sebati.
Jangan lupa rasa sebelum tutup api. Biarkan ia mendidih dan ayam sudah masak. Tutup api dan sedia di hidang.. Siap!
Saya sangat suka.

Dan disebabkan hubby kerja hari ahad, so tapau la untuk dia bawak g ofis... Mudah2an jadi isteri mithali..hehehe



Salam Sayang untuk smua..
selamat mencuba!!!

Rodhiah Zainon
10.25pm 10.11.14 Isnin

Thursday, November 6, 2014

Aku dan Ain Irdina

Sekejap sangat masa berlalu..pejam celik da setahun 1 bulan anak ibu.. xdak hadiah yang paling bermakna dalam hidup ni melainkan kelahiranmu..Bila doktor cakap ibu pregrant gembiranya xterkira.rasa mcm xsabarnya nak tengok si kecik dalam perut ni..ni first scan yang ibu n abah buat. time tu xpaham langsung. doktor cakap cpayah paham. yang penting saya nampak. kena jaga diri n jangan lasak.


9 bulan dalam perut ibu selalu pk..macam mana la rupa awak nanti.. paling lawak waktu pergi routine check up di Tunku Azizah maternity Hospital.. Doktor Kay tanya.. da awak buat scan xnak try 4d ke? Bleh nampak muka baby.. apa lagi excited la sangat2..sekali tapak kaki ja awak bg ibu tengok..grrrrr..sampai akhir memang ibu xdapat nak buat 4d scan tu.. xpala.. asalkan awak kluar selamat semuanya..

Raya yang menggembirakan.. awak da masuk 8 bulan dalam perut ibu. makan semua benda selagi boleh.. Tapi smua orang asik tegur..keciknya awak dalam perut ibu. hehehe xherannnnn as long as u're healthy in my tummy.. active n strong..

Minggu ke 36 minggu yang paling mendebarkan. bilamana Check up kat KKIA, doktor cakap awak kecik.doktor dok suspect awak xdapat enuf supply from ibu. mcm2 la teori kluar. so doktor refer g hospital. bila pergi hospital pon doktor kat hospital Ampang cakap benda yang sama.. Takut,sedih semua ada. tapi ibu kuatkan hati. N ibu yakin awak ok je kat dalam perut ibu. sebab setiap malam awak akan siku pinggang ibu.. ibu pergi balik ke Tunku Azizah maternity Hospital. Gtaw doktor Zana pasal semua benda. then doktor Zana da marah2.. mana ada prob. they never scan u before. first time check suddenly kluar teori mcm2..abaikan.. so ibu xnak pergi amik risiko n pergi hospital kerajaan. call tokma n tokbah.tokma cakap g HUKM. ibu terus kol HUKM n buat appointment.

First time check up kat HUKM minggu ke 37 cukup. hari rabu.doktor kat HUKM pon mentioned benda yang sama..baby too small..so akan deliver around 2.5kg only.. n doktor keep on saying that if no weight progress for next check up, diorang nak induced to force labor. tokma,tokbahs n maktok mmg disagree.. Dok leklok xdak masalah apa2 pon pasaipa tetiba nak force labor.. 

Hari Khamis tu tokma n tokbah smpai dari Penang. ibu pon apa lagi requested la macam2 nak makan..mana taw tetiba nak bersalin. Kebetulan minggu tu juga da apply leave from school. dengan alasan da xlarat nak jalan. padahal perut kecik ja pon.. gambar ni waktu ibu da 9 bulan. Last week kat sekolah..
Tiba-tiba tokma cakap, tokma teringin nak g Kenanga Wholesale City. Ibu bagitau pada mama,mami and auntie. So kami p ramai2 naik kereta auntie.. Jalan sakan. ibu da xshopping.Sebab abah da warning no more shopping. Jangan bazir duit banyak sangat sebab nnt masuk hospital banyak lagi nak pakai. Sebelum g jenjalan ibu da cakap pada tokma last ibu teringin nak makan gulai sotong masak cabai. Sebelum g tu ibu da siap melantak 2 pinggan..hahaha mana la tau last time nak makan merapu2 sebelum nak pantang 45 hari tu.

G jalan2 kat Kenanga memang best.tapi xshopping. Tokma yang sibuk shopping. ibu tukang komen. cantik ke x.sesuai ka x. yang mana lawa. yang mana kena beli..hehehe..pastu kena balik cepat sebab auntie nak g jemput uncle Subki kat airport. 5.30 balik. mama yang drive. slow n steady. pastu mami cakap. esok makan tengah hari kat rumah mami. mami ajak g Carrefour sekarang da tukar nama Aeon Big. da setel beli barang beratur kemain panjang. wiken la katakan.. mana ada shopping complex yang sunyi. time tu da nak maghrib. mami ajak g hasani book store sebelum trn escalator. 

Tgh dok menunggu rasa sakit perut.. gtaw tokma.. rasa mcm nak g toilet la sakit perut. tokma tanya kerap ka dak. ok ja xkerap pon. pastu sakit hilang. tetiba datang balik. pergh time tu da tunduk. tokma da gelabah. terus masuk kedai buku. cakap kat mami xyah sibuk nak beli novel. rodhiah da nak beranak. apalagi kelam kabut la balik. tokma pesan balik mandi sembahyang maghrib pastu makan. sampai ja rumah tokma suruh mama n mami hidang nasik. ibu plak tpon abah suruh siap. mami n tokbah datang amik abah sebab ibu drive g umah mama siang tadi. lepas kol ibu g naik mandi tingkat atas. tengah mandi tokma suruh kluar. tokma takut terberanak dalam toilet. kekekeke sudah mandi sembahyang cepat2 turun makan. pastu paklong balik sembahyang. siap bleh buat lawak.makan puas2 nanti nak pantang lama...hehehe.. 

Pastu sakit makin kerap.adoi jalan nak masuk DUKE dari MRR2 jem plak da... tokma da start berletiaq awat la mami n tokbah lambat sngt nak smpai..abah plak asik kol tanya ok x..hahaha bila ingat balik rasa lawak plak. kul 10 lebih abah smpai.. mama cakap rilek.lambat lagi nak bersalin ni. mama n tokma suruh abah makan nasik dulu. makan setel.dok rilek jalan2 kami pon g hospital..

Adoi da maghrib da... nnt saya sambung cerita mcm mana saya melahirkan putri saya yang sulung..
GTG...

Salam sayang 
Rodhiah
7.03 malam
Khamis