Monday, November 10, 2014

Ayam masak sos tiram bersama cendawan

Setelah lama mengambil masa nak masak masakan ni..akhirnya tercapai juga.. sedap???
Mestilaaaa masak sendirikan..encik suami tambah 3 kali.. ok la tu kan?
So harini nak kongsi la resipi yg aku masak ni.. google punya google..ada satu image yg memang nampak mengancam.tengok kat blog tu n try la ubah ikut citarasa sendiri..


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
10 biji cendawan shitake (ikut citarasa)
Garam secukup rasa - jika perlu
5 sudu besar sos tiram - boleh ditambah
4 sudu besar kicap manis - boleh ditambah
1 sudu minyak masak
1 biji bawang besar
Cili benggala (hijau,kuning atau merah)
Tomato ceri (fevret hingga akhir zaman)
Air secukupnya


BAHAN-BAHAN TUMIS DITUMBUK LUMAT :
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia muda
Cara memasak:


Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk. Smpai kekuningan. Kemudian masukkan sos tiram dan cendawan. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan kicap manis.
Kacau lagi smpai sebati. Masukkan ayam dan air.
Kacau sampai mendidih..


Kemudian masukkan smua bawang besar dan cili benggala. Gaul hingga sebati.
Jangan lupa rasa sebelum tutup api. Biarkan ia mendidih dan ayam sudah masak. Tutup api dan sedia di hidang.. Siap!
Saya sangat suka.

Dan disebabkan hubby kerja hari ahad, so tapau la untuk dia bawak g ofis... Mudah2an jadi isteri mithali..hehehe



Salam Sayang untuk smua..
selamat mencuba!!!

Rodhiah Zainon
10.25pm 10.11.14 Isnin

No comments:

Post a Comment